Selasa, 21 April 2009

Panorama TV1 buat pengambaran

KREW TGH DUK SHOTING AEN SABRI MEMASAK IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK


Salam.......



Maaf lama tak mengedit blog....sibuk dengan tugas harian..

Baru-baru ni pada 17-18 hb April 2009 Arusansangkar telah menerima tetamu istimewa dari pihak RTM iaitu krew PANORAMA TV1....



Mereka membuat pengambaran tentang Arusansangkar. Tak boleh cerita lebih-lebih. Nanti tengok je PANORAMA pada 26hb April ni yek...



Terima kasih yang tidak terhingga dari pihak Arusansangkar untuk krew-krew PANORAMA. Kalau nak buat pengambaran lagi datang la yek...




Jumaat, 27 Mac 2009

Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak

Di bawah ini di sertakan bahan-bahan & cara-cara nak masak ikan patin...boleh cuba


Bahan-Bahan utama:

  • Seekor ikan patin (patin sangkar/original) (ikan disiang dan diperapkan dengan asam jawa &limau nipis untuk menghilangkan bau hanyir ikan selama 1 jam)
  • 2 ulas kunyit hidup (ditumbuk halus)
  • 6 biji bawang kecil (ditumbuk halus)
  • 20 biji cili api (ditumbuk halus)
    2 senduk tempoyak (agak2, nak pekat letak lebih lagi)
  • 1 biji timun cina (dipotong dadu)
  • 2 ikat daun kesum
  • 2 ikat bunga kantan sedikit asam keping
  • 3 cawan air (ikut kepekatan) garam (ikut rasa) gula (kalau agak terlalu pedas)

Cara-caranya:

Ikan dibersihkan dan diperapkan dengan asam jawa dan limau nipis untuk menghilangkan bau hanyir ikan,kunyit hidup, bawang kecil dan cili api ditumbuk halus dan digaulkan dengan tempoyak tadi.
masukkan kedalam periuk yang diletakkan air gaul sehingga rata masukkan juga asam keping, letak atas api dan biar 3 minit baru masukkan ikan yang terlebih dahulu dibersihkan,
masukan bunga kantan, daun kesum dan timun cina tadi,
sambil itu masuk kan garam, jangan terlampau masin, kalau agak2 pedas sangat masukkan gula sikit.

Cadangan Hidangan:
sedap dimakan panas dengan nasi putih, amat menyelerakan,


Tambahan:

Tempoyak biarlah yang 5 hari diperam baru sedap

Selamat Mencuba

Selasa, 24 Mac 2009

Pengenalan

Salam pengenalan......

Muncul nya blog ini adalah untuk mana-mana rakyat Malaysia yang ingin tahu tentang sejenis ikan sungai Pahang yang sangat popular sebagai makanan rakyat Malaysia yang sugguh enak dan di sebut-sebut di merata negeri.

Temerloh adalah sebuah daerah di dalam negeri Pahang yang terletak kira-kira 163 kaki dari paras laut dan jarak dari Kuala Lumpur 130km.

Ianya terletak diantara petemuan Sungai Pahang dan juga Sungai Semantan. Ianya juga adalah terletak ditengah-tengah laluan Kuantan – Kuala Lumpur. Temerloh juga adalah Bandar kedua terbesar di Negeri Pahang Darul Makmur ini.

Ini membuatkan Temerloh menjadi tempat pengeluar bermacam-macam ikan sungai yang sangat bernilai harganya. Ikan Patin salah satu tarikan pelancongan dari dalam atau luar negara.

Banyak pengusaha-pengusaha sangkar ikan patin di sepanjang sungai Pahang terutama di daerah Temerloh ini.

Jadi tidak hairan lah kalau bandar Temerloh ini diberi dengan nama "Bandar Ikan Patin"